suria

Polis geledah rumah Yoo Ah In cari bukti penggunaan dadah

Yoo Ah Ini kini masih ditahan pihak berkuasa untuk siasatan.

PIHAK polis Korea Selatan bertindak mengeledah rumah pelakon Yoo Ah In yang terletak di daerah Hannam Dong bagi menjalankan siasatan berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Operasi tersebut dilakukan pada Selasa bagi mencari bukti lebih terperinci tentang penglibatan Yoo Ah In yang dikatakan sudah mengambil bahan terlarang itu sejak 2021.

Tindakan tersebut juga dilakukan selepas pihak polis menerima arahan pihak kerajaan Korea Selatan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelidik baca bahasa tubuh, dakwa Yoo Ah In sudah lama ketagihan dadah

Sebelum itu Yoo Ah In yang ditahan pada 5 Februari lalu disahkan mengambil dadah jenis ganja, ketamin, kokain dan propofol menerusi ujian air kencing dan saringan rambut yang dibuat oleh Institut Kajian Saintifik Kebangsaan, Korea Selatan.

Hasil saringan tersebut mendapati aktor berkenaan menggunakan bahan terlarang itu sebanyak lebih dari 100 kali sepanjang tempoh pengambilan.

Susulan penangkapan yang dibuat, polis juga menjalankan siasatan terhadap beberapa buah klinik dan hospital yang disyaki pernah membekalkan dadah jenis yang disebut kepada Yoo Ah In.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain