PERSELISIHAN faham antara Selena Gomez dan Hailey Bieber nampaknya masih belum bertemu titik noktah. Malah netizen pula seakan memanaskan keadaan apabila kerap mendakwa bahawa Justin Bieber masih lagi mempunyai perasaan terhadap Selena meskipun telah empat tahun berkahwin dengan Hailey. Bukan itu sahaja, mereka juga terus menerus mengecam Hailey kerana menyangka kerap membuli Selena secara sengaja. Selena enggan panaskan lagi keadaan. Terbaharu, Selena menerusi laman Twitter miliknya meminta peminat tidak menyerang Hailey kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan mental isteri bekas kekasihnya itu. Meskipun tidak menyembut nama wanita berkenaan namun peminat seakan memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyanyi berusia 30 tahun itu. "Terima kasih untuk semua kasih sayang, saya bersyukur dengan sokongan yang diberi. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu tua untuk ‘layan’ drama media sosial, Selena Gomez undur diri selepas disindir Hailey Bieber dan Kylie Jenner ARTIKEL BERKAITAN: Tampil mesra dalam foto, Justin Bieber larang isteri berbaik dengan Selena Gomez "Sila bersangka baik dan pertimbangkan kesihatan mental orang lain. Hati saya berat dan saya hanya mahukan kebaikan untuk semua orang," katanya. Sebelum ini, Hailey dan bintang realiti Kylie Jenner dikatakan sengaja menyindir Selena susulan penyanyi Calm Down itu tersilap melukis keningnya. Malah Kylie dan juga Hailey turut berkongsi foto FaceTime dengan memfokuskan pada bahagian kening mereka. Selena juga memaklumkan pengunduran dirinya dari media sosial selepas disindir Kylie dan Hailey. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!