PENANTIAN peminat kumpulan Blackpink untuk solo debut daripada ahli kumpulan itu iaitu Jisoo bakal berakhir apabila penyanyi berkenaan akan melancarkan single pada 31 Mac ini. Jisoo secara rasmi memaklumkan perkara itu dengan memuat naik foto teaser yang memaparkan hamparan kain berwarna merah di atas himpunan rumput hijau. Jisoo berkongsi berita gembira di akaun instagram miliknya. "Jisoo awak adalah yang terbaik dan terima kasih untuk kejutan ini. Saya tidak sabar menunggu single baru awak. "Lama saya menunggu saat ini. Jumpa kamu nanti. Kamu pasti akan bersinar. ARTIKEL BERKAITAN: Benjolan di bahagian leher dikhuatiri kanser limfoma, peminat gesa Jisoo Blackpink buat pemeriksaan kesihatan ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan "Baby, saya bangga dengan awak. Tak sabar nak menantikan solo pertama awak. Tolong jaga kesihatan dan jaga diri," tulis netizen. Pada 2 Januari lalu, syarikat pengurusan YG Entertainment mengumumkan bahawa Jisoo sedang dalam persiapan untuk melakukan debut solonya. Menurut agensi itu, biarpun sibuk menjalani konsert jelajah dunia sejak tahun lalu, Jisoo tetap meluangkan masa untuk menjalani penggambaran kulit album dan merakamkan lagu bagi album solonya itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!