AHLI kumpulan BTS, Jungkook mendedahkan pengalaman yang mengejutkan ramai apabila diganggu peminat ketika sedang bersenam di pusat kecergasan. Kata Jungkook, meskipun dia menghargai perhatian dan sokongan daripada peminat namun berharap mereka berhenti mengekorinya terutama jika dia sedang bersenam. "Saya sangat berterima kasih dan menghargai peminat saya. Mereka banyak beri sokongan kepada saya. Jungkook BTS terkejut diintai peminat semasa bersenam. "Tapi tolong jangan datang berjumpa saya semasa saya bersenam. Saya terkejut bila peminat tiba-tiba muncul," katanya. Jungkook berkongsi perkara itu ketika bersiaran langsung menerusi Weverse pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS padam akaun IG, dedah sebab tak mahu guna media sosial itu lagi ARTIKEL BERKAITAN: Takut sakit, Jungkook tolak permintaan peminat suruh buang tatu Tambah Jongkook, dia berharap peminat tidak mengintai jika dia berada dalam waktu peribadinya. "Apabila saya nak buat sesuatu, saya selalu fikirkan Army, saya tidak mahu hadkan apa-apa pada mereka. "Tapi apabila saya sedang berada di rumah atau bersenam, saya harap mereka hormati saya sebab saya juga manusia biasa," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!