SEORANG penyelidik kanan Institut Dasar Keadilan Jenayah Korea Selatan bernama Seung Jae Hyun berkongsi pendapat bahawa pelakon Yoo Ah In sudah lama menunjukkan simptom ketagihan dadah menerusi klip temu bual pada November 2021. Kata Jae Hyun pergerakan berulang yang dilakukan oleh pelakon tersebut menunjukkan tanda sama seperti mana individu mengalami masalah ketagihan. “Menurut laporan polis dia (Yoo Ah In) telah mengambil dadah selama dua tahun. Jika temu bual tersebut dilakukan dalam tempoh berkenaan, makan pergerakannya ketika itu kita panggil sebagai tanda pengambilan dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan Yoo Ah In ambil ganja, klinik sekitar Gangnam diserbu polis “Ia merujuk kepada sesetengah pergerakan yang berulang. Melihat kepada aspek ini saya boleh katakan dia ketagihan dadah ketika itu,” jelasnya. Pada 6 Februari lalu Yoo Ah In ditahan pihak berkuasa atas dakwaan mengambil dadah jenis profofol. Beberapa hari kemudian menerusi hasil ujian air kencing polis juga mendapati dia mengambil ganja. Tidak hanya itu, ujian makmal lain juga mendapati pelakon Hellbound itu turut menggunakan dadah jenis ketamin dan kokain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!