suria

Penat tayang badan, Jennie Blackpink hanya diberi beberapa baris dialog dalam ‘The Idol’

Peminat anggap The Idol ambil kesempatan pada Jennie.

KEMUNCULAN Jennie Blackpink menerusi siri HBO The Idol sememangnya sangat dinantikan oleh peminatnya.

Memetik laporan Popcrush, kemunculan Jennie menerusi siri berkenaan bagaimanapun telah digunakan sebagai plot seksual dalam meraih rating penonton.

Disebabkan itu, peminat beranggapan siri berkenaan mengeksploitasi populariti dan mengambil kesempatan terhadap artis kesayangan mereka itu.

Menurut sumber penampilan Jennie dalam The Idol sebagai penggoda dan bukannya watak utama seperti diperkatakan sebelum ini.

Fasrd4-Xkamvxzm

Antara babak Jennie dalam siri The Idol.

Malah Jennie juga hanya diberikan beberapa baris ayat sebagai dialog dalam siri tersebut.

"Ia seperti tiga atau empat baris ayat untuk setiap episod. Mereka tidak akan membiarkan dia bercakap banyak. Tugasnya hanya duduk dan kelihatan cantik," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar

Tambah sumber itu lagi, tahap seksual yang dipaparkan juga melangkaui apa pernah dipaparkan dalam siri popular Euphoria.

The Idol masih mempunyai tarikh tayangan rasmi namun ia dilaporkan bakal menemui penonton penghujung tahun ini.

Selain Jennie, The Idol turut menampilkan barisan pelakon seperti Lily-Rose Depp, The Weeknd, Rachel Sennott, Dan Levy, Troye Sivan dan Suzanna Son.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain