suria

Berpakaian seksi sambil dikelilingi lelaki buat peminat berang terhadap Bunga Citra Lestari

Baju seksi BCL jadi perhatian netizen.

PENAMPILAN penyanyi Bunga Citra Lestari menjadi perhatian ramai apabila mengenakan baju menjolok mata ketika melakukan persembahan di sebuah kelab malam.

Menerusi akaun Instagram Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL, dia dilihat berada di kelab malam serta dikelilingi ramai lelaki.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, pakai BCL dilihat terdedah sehingga menampakkan lurah payudaranya semasa menyanyi.

288604311_482510033677671_1191597914346553808_n

BCL ketika lakukan persembahan di sebuah kelab malam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan kecewa melihat penampilan penyanyi berusia 39 tahu itu.

Malah mereka berpendapat pakaian tersebut membuatkan arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair terseksa di kubur namun ada juga yang tumpang gembira melihat penyanyi berkenaan kini semakin bahagia.

"Kesian arwah suami dia, orang lelaki kena hat-hati kalau nak pilih pasangan jenis macam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari kuarantin - “Berat badan semakin naik kerana dah ada nafsu makan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Keakraban BCL dan Noah jadi tumpuan... Ini kelebihan jika anak lelaki rapat dengan ibu

"Menangis suami dia dekat alam kubur sana, kata sayang suami tapi pakaian macam itu.

"Seronok tengok BCL macam ini, dia dah ada kehidupan dia sendiri dan tak sedih lagi," antara komen netizen.

Untuk rekod, BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Asharf dilaporkan meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain