SELEPAS kumpulan BTS mengumumkan berehat, salah seorang anggotanya iaitu RM mengakui sukar untuk dia mencari semula identiti sebagai penyanyi solo. Kata RM atau Kim Na Joon, 29, jenama BTS sudah cukup kuat dalam dirinya meskipun dia pernah tampil solo sebelum bersama kumpulan itu. "Selepas 10 tahun sebagai anggota BTS, saya seperti sudah tidak kenal diri sendiri dan tidak tahu apa yang dimahukan. ARTIKEL BERKAITAN: BTS akhirnya sertai latihan tentera, akan kembali bersama pada 2025 "Saya memulakan kerjaya sebagai penyanyi rap ketika remaja sebelum menyertai BTS. Sekarang apabila BTS tidak lagi aktif bersama, saya mula memikirkan tentang awal pembabitan kami dahulu," katanya dalam satu temubual. Tambah RM dia juga melalui waktu sukar tampil dengan album solo pertama berjudul Indigo pada Disember lalu kerana terpaksa menjalani jadual promosi tanpa anggota BTS lain. Katanya lagi, BTS akan kembali bersama selepas semua ahli kumpulan selesai dengan projek solo selain mereka tamat menjalani latihan ketenteraan. "Apabila terlalu popular, berada di puncak memang menyukarkan. "BTS akan kembali bersama selepas semua selesai menjalani latihan ketenteraan. Kami akan tampil dengan semangat berbeza untuk memasuki fasa kedua," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!