suria

Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

Rose dipuji bersikap profesional.

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Rose berdepan detik cemas apabila kancing pakaiannya terbuka dan hampir mendedahkan sosok tubuh penyanyi itu.

Kejadian itu berlaku ketika Rose sedang membuat persembahan solo lagu Hard To Love di konsert jelajah dunia Blackpink di Jakarta, Indonesia pada 11 Mac lalu.

Penyanyi itu bagaimanapun bertindak pantas dengan memegang bahagian atas pakaiannya sebelum penari latar datang membantu mengikat kembali tali bajunya.

rose1 - 1

Rose dibantu oleh penari latar.

Apa menarik perhatian, Rose tetap meneruskan persembahan seperti tiada apa-apa berlaku sementara menanti penari latarnya membetulkan pakaiannya.

Sikap profesional ditunjukkan penyanyi itu turut mendapat pujian peminat malah mereka turut menyuarakan pesanan buat penata gaya Blackpink agar memberi perhatian kepada pakaian anggota kumpulan itu bagi mengelak kejadian serupa berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'naik hantu' produksi drama guna foto Rose Blackpink dalam katalog pelacur

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker dari Thailand jadi perhatian netizen, dikatakan mirip Rose Blackpink

"Rose mengendalikan situasi itu dengan baik tetapi pasukan penata gaya perlu sedar atas kesilapan mereka kerana ini bukan kali pertama kejadian serupa berlaku.

"Dia hebat kerana tidak panik dan tetap meneruskan persembahan. Itulah Rose yang kami banggakan. Nasib baik dia sempat betulkan baju, kalau tak mungkin perkara lebih buruk akan berlaku," kata peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain