suria

Selena Gomez kecil hati netizen sindir berat badannya, kerap menangis dalam bilik

Selena tidak mahu peminat terima nasib yang sama sepertinya.

PENAMPILAN penyanyi dan pelakon Selena Gomez yang kelihatan lebih berisi dan gempal berbanding sebelum ini menjadi bahan jenaka dan sindiran netizen di media sosial.

Disebabkan itu, Selena dilaporkan berada dalam keadaan tertekan sehingga menyebabkan berat badannya naik mendadak selain faktor kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan bagi penyakit lupus setiap hari.

Page Six melaporkan penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan dia kerap menangis apabila menerima komen negatif tentang sosok tubuhnya.

278765710_708576187002003_185107686279472002_n

Selena menangis terima komen negatif.

Bagaimanapun Selena menangis bagi menyakinkan diri sendiri bahawa kata-kata orang itu akan berlalu pergi dan tidak akan memberi kesan kepada dirinya.

"Saya berbohong setiap kali memuat naik gambar dan berkata saya tidak terkesan dengan apa dikatakan semua orang. Tapi sebenarnya saya tak terima apa yang mereka sindir saya.

"Saya tidak mahu orang lain mengganggu saya dengan mengalami hal yang sama. Malu dengan penampilan mereka dan siapa diri mereka. Saya fikir itu sangat tidak adil.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak pernah lupa jasa rakan baik derma buah pinggang

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tamatkan persengketaan di media sosial, Selena Gomez minta peminat henti sindir Hailey Bieber

"Saya hanya ingin memberi semangat kepada mereka yang senasib dengan saya, anda semua cantik dan luar biasa," katanya lagi.

Sebelum ini, penampilan Selena semasa menghadiri acara Golden Globe Awards mencuri tumpuan ramai apabila bentuk badannya dilihat sedikit berisi.

Dia bagaimanapun sentiasa cuba menerima segala komen tersebut dari sudut yang positif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain