suria

Justin Bieber enggan bergambar dengan Hailey di karpet merah Oscar, peminat syak hubungan bermasalah

Justin dan Hailey bermasam muka enggan bergambar bersama.

KEMUNCULAN Justin Bieber dan Hailey Biebar di Anugerah Oscar meraih perhatian ramai apabila pasangan berkenaan dilihat enggan mengambil gambar bersama di acara karpet merah.

Marca melaporkan, Justin mengelak daripada jurugambar apabila menyelinap melalui pintu belakang acara berkenaan yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada malam Ahad lalu.

Manakala Hailey pula tampil seorang diri di pintu utama sambil memperagakan gaun hitam di hadapan jurugambar.

Banner-1

Justin dan Hailey sudah tidak mesra seperti dulu.

Tindakan itu seolah-olah mengiyakan mengenai khabar angin tentang keretakkan rumah tangga pasangan itu.

Bukan itu sahaja, Hailey juga dilihat dengan sengaja mengusap perutnya memandangkan terdapat khabar angin bahawa dia sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, penampilan Justin yang tidak terurus selain menggunakan selimut untuk menutup tubuh badannya juga menjadi bualan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kecil hati netizen sindir berat badannya, kerap menangis dalam bilik

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tamatkan persengketaan di media sosial, Selena Gomez minta peminat henti sindir Hailey Bieber

Pada awalnya peminat menyangka penyanyi itu tidak sihat namun tular pula Justin ketawa ceria bersama Clippers Russell Westbrook.

Namun ada peminat berpendapat Justin ingin menjauhkan diri susulan kemelut yang sedang melanda antara Hailey dengan bekas teman wanitanya iaitu Selena Gomez yang masih hangat diperkatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain