suria

Anak-anak kumpulan Radja trauma insiden diugut bunuh, batal semua jemputan ke Malaysia

Radja turut membuat laporan polis di Indonesia sebagai melindungi keluarga mereka.

SUSULAN insiden menerima ancaman bunuh dan dilemparkan kata-kata kesat ketika mengadakan konsert di Larkin, Johor Sabtu lalu, kumpulan Radja memberitahu kejadian itu turut memberi kesan trauma kepada anak-anak mereka yang turut serta ke acara tersebut.

Vokalis Radja, Ian Kasela berkata, niat membawa keluarga bersama ke konsert berkenaan untuk memberi pendedahan bagaimana mereka bekerja namun tidak menyangka pulang ke Indonesia dengan perasaan trauma.

“Anak-anak kami hanya diam dan terkejut kerana masih kecil. Apa yang berlaku seperti kanak-kanak sekolah yang ditengking oleh orang tua dengan kasar.

“Perbuatan itu sungguh biadab,” katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

radja 2

Radja tampil membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Menurut Ian, meskipun anak-anak mereka tidak berada dekat ketika wakil penganjur datang menyerang namun mereka dapat mendengar dengan jelas suara seorang individu yang didakwa menengking kumpulan itu dan mula mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh.

Malah Ian sendiri akui dirinya takut untuk mendekati orang ramai selepas kejadian tersebut dan menolak untuk merakam gambar bersama peminat ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Radja terima ugutan bunuh di Johor, penganjur konsert buka cerita dan mohon maaf

“Ketika di lapangan terbang, ada juga yang mahu mengambil gambar bersama, tetapi saya masih rasa takut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain kumpulan yang popular dengan lagu Jujur ini juga terpaksa membatalkan jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat kerana bimbang akan tahap keselamatan mereka.

Dalam insiden yang berlaku pada malam Sabtu lalu kekecohan tercetus susulan isu salah faham antara pihak penganjur dan kumpulan berkenaan.

Radja juga dikatakan tidak diberitahu tentang jadual penuh kehadiran mereka di Johor Bharu termasuk sesi bertemu peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain