suria

Gangster tuntut Salman Khan mohon maaf kes pemburuan haram, tanggung akibat jika berdegil

Salman masih belum tampil memohon maaf isu pemburuan haram.

PELAKON Salman Khan terus didesak untuk membuat permohonan maaf susulan kes pemburuan haram yang dilakukannya sekitar tahun 1998.

Ahli kumpulan gangster iaitu Lawrence Bishnoi juga bertegas akan mengambil tindakan terhadap Salam sekiranya pelakon itu tidak tampil memohon maaf.

Bishnoi yang kini sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan membunuh berkata, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan lanjut sekiranya permohonan maaf Salman diterima baik komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh, Salman Khan mohon lesen senjata api dan beli kereta kalis peluru

"Komuniti kami masih marah terhadap Salman Khan. dia telah memalukan kami. Kes berkenaan telah difailkan namun dia tidak memohon maaf. Jika tidak berbuat demikian dia harus sedia menanggung akibat.

"Dia sepatutnya datang ke kuil kami dan memohon maaf. Jika komuniti kami maafkan saya tidak akan berkata apa-apa lagi," katanya seperti yang dipeti dari Bollywoodhugama.

Dalam kes pemburuan tersebut, Salman didakwa memburu haiwan jenis antelop yang merupakan spesis terancam dan sangat dianggap membawa tuah kepada masyarakat.

Selepas kejadian tersebut, Salman sering mendapat ugutan bunuh termasuk bapanya sendiri yang menerima nota ancaman ketika sedang keluar berjalan-jalan.

Salam dikatakan melakukan pemburuan haiwan tersebut ketika sedang menjalani penggamgaran filem Hum Saath Saath Hain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain