suria

Kelly Clarkson mencari cinta tapi tak mahu kahwin lagi... Bimbang terlalu banyak kes cerai

Kelly lebih selesa hidup sendiri menguruskan anak-anak.

PERNAH melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga, penyanyi Kelly Clarson mengakui dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali berkahwin dan kini mahu memberikan fokus kepada dua orang anaknya

Kelly, 41, bagaimanapun berkata dia terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta jika bertemu dengan lelaki yang dapat memahami dirinya serta menerima status sebagai ibu kepada dua orang anak.

"Saya tidak mahu berkahwin lagi. Sepanjang hidup ini saya telah menyaksikan banyak perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid kembali bertaut

"Namun saya mahu kembali bercinta. Saya mahu mencari seseorang dan kembali melalui fasa tersebut. Namun harus tahu bahawa saya kini sudah mempunyai anak," katanya dalam satu temubual podcast.

Tambah penyanyi lagu Because of You ini, dia juga amat memahami perasaan dua orang cahaya matanya kerana terpaksa melalui hidup dibesarkan oleh ibu bapa yang sudah bercerai.

kelly 2

Sebagai ibu Kelly mahu anak-anaknya sentiasa mendapat kasih sayang secukupnya.

Menurut Kelly selepas berpisah dengan bekas suaminya, Brandon Blackstock pada 2020, dia lebih selesa menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

"Saya akan rasa amat sedih apabila anak-anak mahukan saya dan bekas suami kembali hidup bersama seperti sebuah keluarga.

"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga melalui pengalaman sama. Jadi saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa meskipun ibu bapa berpisah namun kami akan sentiasa menjaga mereka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain