PROSES perbicaraan kes cerai antara pelawak Daus Mini dan isterinya Shelvie Hana Wijaya bagaikan satu 'plot twist' dalam drama apabila wanita itu tidak lagi membangkitkan isu curang dalam sidang mahkamah. Sebaliknya Shelvie menyebut bahawa alasan dia meminta cerai adalah kerana Daus gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami termasuk isu pemberian nafkah. "Kami anggap Daus tidak boleh menjalankan kewajipan sebagai suami. Dia tidak pernah memberi nafkah dengan baik secara zahir dan batin sejak beberapa tahun ini," jelas peguam yang mewakili Shelvie. ARTIKEL BERKAITAN: Daus Mini selebriti popular, peguam anggap tak logik tuduhan curang Wanita itu sekaligus menuntut pemberian nafkah bulanan selepas mereka bercerai dan akan tegas membuat laporan polis jika Daus gagal melakukan sedemikian. Sementara itu, peguam Daus pula yakin bahawa Shelvie membatalkan dakwaan curang itu kerana tiada bukti yang kukuh. "Perkara penting dalam sidang ini adalah pihak Shelvie menghapuskan dakwaan curang kerana mereka tiada bukti berkaitan hal ini," jelas peguam berkenaan. Daus bersama peguam sedia menjawab semua dakwaan Shelvie. Pada 13 Februari lalu, Shelvie memfailkan cerai terhadap Daus atas alasan curang selain layanan buruk yang diberikan kepada kedua ibu bapanya dalam tempoh mereka berkahwin sejak 2018. Ini merupakan kali ketiga Duas melalui fasa kegagalan rumah tangga selepas dua bekas isterinya sebelum ini juga membuat permohonan cerai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!