TIDAK sampai setahun mendirikan rumah tangga, pasangan pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin dikatakan sudah bercerai. Perkara itu didedahkan menerusi hantaran di YouTube Shorts yang mendakwa perpisahan pasangan itu disebabkan Hyun Bin jatuh miskin selepas bertaruh dalam pelaburan dan perjudian. So Ye Jin pada awalnya dikatakan cuba bertahan dengan sikap buruk suaminya itu namun akhirnya memilih untuk bercerai selepas tidak tahan dengan sikap buruk aktor tersebut. Hyun Bin dan Son Ye Jin dikhabarkan sudah berpisah. Bagaimanapun, pihak pengurusan pasangan berkenaan VAST Entertainment tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal. "Video itu sangat tidak masuk akal dan tidak benar sama sekali. Ini bukan sesuatu yang kami tidak tahu kerana kami selalu memantau berita palsu. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej rambut panjang dan berjanggut, Hyun Bin semakin kacak sejak jadi daddy ARTIKEL BERKAITAN: Sudah buat persiapan kelahiran... Son Ye Jin dan Hyun Bin umum bakal timang anak lelaki "Kami juga telah berbincang mengenai perkara itu dengan Hyun Bin dan Son Ye Jin dan kami yakin itu tidak benar," katanya. Malah pihak VAST Entertaiment juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu sekiranya pihak berkenaan tidak mahu menurunkan video tersebut. Untuk rekod, Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada 31 Mac 2022 dan pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 27 November lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!