NAMA selebriti media sosial Indonesia, Alshad Ahmad kini menjadi sebutan ramai selepas kecoh cerita dia pernah berkahwin hanya dalam tempoh dua bulan bersama bekas kekasihnya Nissa Asyifa. Kedua-dua mereka sebelum ini tidak pernah mengumumkan tentang perkahwinan tersebut, namun rekod perceraian menunjukkan mereka secara rasmi sah bercerai pada hujung Disember tahun lalu. Lebih mengejutkan lagi, pasangan tersebut sebelum ini memilih jalan untuk bernikah secara senyap kerana ketika itu Nissa sedang hamil lapan bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik Menerusi laporan permohonan cerai yang dibuat oleh Alshad yang merupakan sepupu kepada pengacara Raffi Ahmad, dia memilih untuk berpisah dengan Nissa kerana tiada persefahaman dan mengaku sering bertengkar. "Alshad dan Nissa tidak sependapat dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Alshad terpaksa menikahi Nissa kerana ketika itu dia sedang hamil lapan bulan. Alshad kini bercinta dengan Tiara. "Alshad telah mencari jalan terbaik untuk memperbaiki rumah tangga mereka termasuk perbincangan bersama keluarga. Namun kesemuanya gagal mendapat jalan penyelesaian dan akhirnya mereka berpisah," dedah laporan tersebut. Kisah mereka berdua mula menjadi bualan hangat baru-baru ini apabila Nissa memuat naik gambar anaknya di laman sosial. Di sebalik cerita tersebut, netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap kekasih Alshad iaitu Tiara Andini kerana menjalinkan hubungan cinta dengan Alshad ketika dia berstatus suami orang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!