PELAKON Paul Grant meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas ditemui rebah di luar stesen kereta api, King’s Cross di Utara London pada petang Khamis lalu. Aktor yang pernah membintangi filem Star Wars dan Harry Potter disahkan meninggal dunia pada pukul 3.49 pagi selepas disahkan mati otak. Berita kematian pelakon itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sophie Jayne Grant yang menyifatkan pemergian bapanya mengejutkan. Pemergian Paul dirasakan terlalu cepat buat anaknya. "Saya sedih. Dia terkenal dan disayangi dalam bidang kerjayanya sebagai seorang pelakon. "Permergiannya terlalu cepat untuk kami," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Bintang filem 'John Wick' Lance Reddick meninggal dunia Punca kematian Paul bagaimanapun tidak didedahkan. Untuk rekod, Paul melakonkan watak Ewok dalam filem Return of the Jedi dan sebagai 'goblin' dalam Harry Potter and the Philosopher's Stone. Mendiang juga pernah muncul dalam filem Labyrinth (1986) dan Willow pada 1988. Paul meninggalkan teman wanitanya Maria Dwyer, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, serta anak tiri dan cucunya. Maria memberitahu Paul adalah seorang lelaki paling kelakar yang pernah dikenali dan menjadi pelengkap dalam hidupnya. "Paul adalah cinta dalam hidup saya. Lelaki paling kelakar yang saya kenal. "Dia membuat hidup saya lengkap. Hidup tidak akan sama tanpa dia," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!