suria

Wow! Jisoo Blackpink catat rekod artis K-pop wanita hampiri 1 juta pra-tempahan album solo

Jisoo bakal lancar album solo akhir Mac ini.

ALBUM solo debut ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo telah melepasi pra-jualan sebanyak 950,000 sejak tempahan dibuka.

Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan YG Entertainment yang turut memaklumkan bahawa ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dicapai untuk album artis solo wanita K-pop dalam sejarah.

Album berjudul ME itu telah pun merekodkan sebanyak 510,000 pra-tempahan dalam masa dua hari dan mencatat tempahan 840,000 untuk tempoh seminggu.

jisoo1 - 1

Peminat teruja menantikan album solo Jisoo.

Menurut laporan Allkpop, dengan kira-kira 10 hari lagi sebelum album itu dilancarkan secara rasmi, Jisoo dijangka menjadi artis solo wanita K-pop pertama yang mencapai rekod jualan sehingga jutaan tempahan.

Sementara itu, tempahan untuk album solo Jisoo bukan hanya dibuat dari Korea Selatan, tetapi termasuk dari Amerika Utara, Eropah, Cina, Jepun dan Asia Tenggara.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian peminat berakhir, Jisoo Blackpink jadi anggota terakhir lancar lagu solo

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan

Hal ini telah membuktikan bahawa kehadiran Jisoo sebagai penyanyi solo disambut baik hingga ke peringkat muzik global.

Untuk rekod, Jisoo merupakan ahli kumpulan Blackpink terakhir yang melancarkan solo debut dan bakal melancarkan single pada 31 Mac depan.

Pada 2 Januari lalu, YG Entertainment mengumumkan bahawa Jisoo sedang dalam persiapan untuk melakukan debut solonya.

Menurut agensi itu, biarpun sibuk menjalani konsert jelajah dunia sejak tahun lalu, Jisoo tetap meluangkan masa untuk menjalani penggambaran kulit album dan merakamkan lagu bagi album solonya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain