PELAKON Daniel Radcliffe dan kekasihnya, Erin Darke dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama pada hujung tahun ini. Memetik laporan Mirror UK, sumber memberitahu pasangan selebriti itu teruja dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi mereka itu. "Baru-baru ini, mereka telah memberitahu tentang berita gembira ini dan ia adalah momen yang sangat mengujakan buat pasangan itu. Usia tidak menjadi penghalang cinta Daniel dan Erin. "Daniel dan Erin terlalu gembira saat mendapat berita itu dan tidak sabar untuk menambah lagi ahli keluarga mereka," katanya. Dalam pada itu, ketika ditemu bual bersama majalah Newsweek tahun lalu, pelakon Harry Potter ini turut berkongsi sekiranya dia mempunyai cahaya mata, dia gembira jika anak-anaknya turut mengikut jejak langkah membabitkan diri dalam bidang seni. ARTIKEL BERKAITAN: Susah payah buang watak 'Potter', Danial Radcliffe tak berminat kembali sertai filem Harry Potter "Sekiranya saya mempunyai anak satu hari nanti, saya suka mereka berada dalam set penggambaran filem. "Impian saya adalah untuk melihat mereka datang ke set penggambaran filem dengan niat mereka juga ingin menjadi seorang pelakon yang berjaya," ujarnya. Untuk rekod, Daniel dan Erin sudah menjalin hubungan cinta sejak 2012. Ketika itu, Daniel baharu berusia 23 tahun dan terpaut dengan Erin yang empat tahun lebih tua daripadanya. Jelas perbezaan usia tidak menjadi penghalang bagi hubungan pasangan ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!