BAGAI mimpi menjadi realiti, peminat Selena Gomez dan Zayn Malik teruja apabila kedua penyanyi itu dilihat keluar makan bersama baru-baru ini. Memetik portal US Magazine, Zayn dilihat bersama Selena sambil berpegang tangan dan berciuman sambil berjalan di sekitar SoHo di New York City, Amerika Syarikat pada Khamis. Bagaimanapun, Zayn ataupun Selena tidak membuka mulut tentang khabar angin mereka namun saling mengikuti di laman Instagram. Zayn Malik dan Selena Gomez dikhabarkan sedang hangat bercinta. Susulan daripada khabar itu, bekas kekasih Zayn iaitu Gigi Hadid bagaimanapun dilihat seakan-akan memberikan sokongan kepada pasangan tersebut. Menurut sumber yang juga merupakan kenalan kepada model berkenaan, Gigi memberi restu selain berharap Zayn mampu menjadi bapa yang baik untuk anak mereka kelak. "Gigi tiada masalah apa pun dengan pasangan Zayn. Selama dia bahagia dan terus menjadi bapa yang baik kepada anak-anak mereka dia baik-baik sahaja untuk pasangan Zayn," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu dapat ancaman bunuh, Selena Gomez minta netizen henti buli Hailey Bieber ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kecil hati netizen sindir berat badannya, kerap menangis dalam bilik Sebelum ini, Gigi dan Zayn pernah menjalinkan cinta pada tahun 2015 namun berpisah tidak lama selepas itu. Namun pada 2020, pasangan berkenaan kembali menjalinkan hubungan mereka dan menimang cahaya mata tidak lama selepas sebelum berpisah pada 2021. Gigi ketika ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Leonardo Di Caprio. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!