AHLI kumpulan BTS iaitu Jimin mendedahkan bahawa rakan kumpulan mereka, Jin mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Menerusi episod terbaharu dalam program 'Suchwita' (Masa untuk minum dengan Suga), Jimin muncul sebagai tetamu dan sempat berbual tentang kehidupan, muzik dan album solonya. Semasa temu bual dibuat, Suga mendedahkan bahawa dia ingin melawat Jin bersama J-Hope dan Jimin tetapi masih tidak berkesempatan. Dalam pada itu, Suga bertanyakan kepada Jimin bagaimana keadaan Jin sekarang dan penyanyi itu berkongsi bahawa Jin berada dalam keadaan sihat. Jimin dan Suga dalam program 'Suchwita'. Jimin juga memberitahu berat badan Jin kini sudah mencapai 66 kilogram sepanjang menjalani latihan ketenteraan. Suga terkejut dengan pendedahan itu dan memberitahu bahawa ia adalah berat paling tinggi yang pernah dialami oleh Jin. "Bukankah itu yang paling berat pernah ditimbang sepanjang hidup Jin?" kata Suga. ARTIKEL BERKAITAN: Rindu peminat terhadap Jin BTS terubat, foto berpakaian tentera tersebar ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan Jimin mendedahkan selama ini Jin tidak pernah melebihi berat sebanyak 63 kilogram. "Ya, dia tidak pernah melebihi 63kg sebelum ini. Dia semakin sihat," katanya. Untuk rekod, Jin sedang menjalani latihan kententeraan dan ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera. Latihan berkenaan diwajibkan ke atas kaum lelaki warganegara Korea Selatan selama dua tahun dan Jin dijangka menamatkan tugas pada 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!