suria

Yoo Ah In mohon maaf, lantik peguam terkemuka Korea Selatan kendali kes dadah

Yoo Ah In akan pertahankan diri atas dakwaan peyalagunaan dadah.

PELAKON Yoo Ah In tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan penyalahgunaan dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol.

Ketika bercakap dalam satu sidang media, Yoo Ah In menegaskan apa sahaja perbuatan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri dan tidak mendatangkan kemudaratan buat mana-mana pihak.

Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis geledah rumah Yoo Ah In cari bukti penggunaan dadah

"Saya tahu tindakan saya ini teleh membuatkan ramai orang kecewa.

"Saya tidak boleh bercakap lanjut tentang hal ini kerana ia masih dalam siasatan. Secara peribadi saya merasakan tidak sesiapa yang mendapat kemudaratan dari perbuatan saya.

"Ramai yang tidak suka melihat saya dalam keadaan begini. Saya mohon maaf kerana telah mengecewakan semua orang," ujarnya.

Susulan dakwaan terhadap dirinya, pelakon drama Hellbound ini telah melantik sekumpulan peguam ternama yang pernah mengendalikan kes selebriti popular di sana termasuk berkaitan dadah.

Pada 5 Februari lalu Yoo Ah In ditahan di lapangan terbang dan hasil saringan air kencing mendapati dia telah terlibat dengan penggunaan dadah sejak 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain