suria

Pernah dipenjara 10 bulan, anggota BAP Himchan berdepan dakwaan gangguan seksual kali ketiga

Himchan masih tidak serik lakukan kesalahan sama.

BEKAS anggota BAP iaitu Himchan berdepan satu lagi dakwaan melibatkan kes gangguan seksual dan selepas dua kali terlibat dalam tuduhan sama sebelum ini.

Pendakwaan terhadap Himchan telah dibuat di Mahkamah Daerah Seoul Barat pada Isnin.

Sebelum ini dia pernah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan selain perlu menghadiri kelas pendidikan seks selama 50 jam atas tuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang dilakukan sekitar tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Ah In mohon maaf, lantik peguam terkemuka Korea Selatan kendali kes dadah

Dia sebelum itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mendakwa aktiviti seks yang dilakukan tersebut adalah persetujuan bersama.

Kemudian pada Oktober tahun lalu dia sekali lagi berdepan dakwaan atas tuduhan melakukan perbuatan tersebut di sebuah restoran pada April 2022.

Dalam kejadian terbabit Himchan dikatakan mengambil telefon bimbit seorang wanita dan kemudian cuba melakukan pencabulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain