suria

Chris Hemsworth ambil keputusan perlahan karier lakonan selepas disahkan hidap Alzheimer

Chris Hemsworth mahu berehat untuk beri tumpuan pada kesihatan.

PELAKON Chris Hemsworth tidak merancang untuk mengambil lebih banyak projek filem selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada November tahun lalu.

Mirror UK melaporkan bintang Marvel berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak berhasrat bersara daripada dunia lakonan sebaliknya hanya memperlahankan kariernya bagi membolehkan dia fokus kepada kesihatan.

Apatah lagi, Chris mempunyai empat projek yang bakal ditayangkan termasuk filem Thor dalam sekual Avengers selain biografi Hulk Hogan.

"Dia tidak merancang untuk mengambil banyak peranan kerana sedar akan risiko tinggi yang dihadapi oleh pesakit Alzheimer," kata sumber.

chris1 - 1

Chris mengambil peluang untuk luangkan masa bersama keluarga.

Meskipun sebelum ini Chris berkata dia tidak merancang untuk bersara, sumber juga memberitahu bahawa aktor berkenaan seperti sedang menuju ke arah itu.

Sementara itu, Chris mendapati dia berisiko tinggi menghidap Alzheimer semasa penggambaran dokumentari National Geographic dan Disney+, Limitless.

ARTIKEL BERKAITAN: Chris Hemsworth mengaku mencuri di set Marvel

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Pulangkan Dompet, Chris Hemsworth Beri RM40,000

Kata Chris, dia cuba ambil masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak tercinta.

"Saya mahu berehat dan berada dalam ruang yang tenang bersama isteri saya Elsa Pataky dan tiga lagi anak kami, India, Sasha dan Trisha," katanya.

Chris juga bakal mengambil langkah untuk mengurangkan risiko menghidap Alzheimer dengan memastikan dia mendapat tidur malam yang nyenyak, mengurangkan pengambilan alkohol dan tidak merokok.

Aktor itu mendapati dia mempunyai kecenderungan sebanyak lapan hingga sepuluh kali untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding individu lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain