suria

Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan

Jungkook bina rumah mewah di Itaewon.

AHLI kumpulan BTS iaitu Jungkook dilaporkan sedang membina sebuah rumah berkembar mewah di bandar Yongsan-gu, Itaewon, Korea Selatan.

Memetik laporan Allkpop, lokasi kediaman penyanyi Korea itu merupakan salah satu kawasan kejiranan terkaya di Korea Selatan.

jungkook1 - 1

Jungkook bakal berjiran dengan individu berpengaruh di Korea Selatan.

Jungkook sebelum ini dikhabarkan membeli rumah berkembar di Yongsan-gu pada 2020 dengan harga AS$6,000,000 (RM26,376,000).

Pada Julai tahun lalu, bandar Yongsan telah meluluskan permit pembinaan untuk hartanah ini dan rumah sedia ada di lokasi berkenaan akan dirobohkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena intai ketika bersenam, Jungkook BTS mohon Army hormat ruang peribadinya

ARTIKEL BERKAITAN: Takut sakit, Jungkook tolak permintaan peminat suruh buang tatu

Rumah berkembar mewah itu bakal dibina dengan jumlah keluasan lantai 1161.04㎡, pada keluasan tanah 633.05㎡.

Kediaman penyanyi Boys With Luv itu terdiri daripada dua aras di bawah paras tanah dan satu aras di atas paras tanah.

Rumah mewah berkenaan dijangkakan akan siap pada 31 Mei 2024.

Untuk info, kawasan perumahan di Yongsan-gu, Itaewon juga didiami oleh individu berpengaruh termasuk pengerusi SK Group, Choi Tae Won, pengerusi Kumpulan Nong Shim, Shin Dong Won, pengerusi Hyundai Motor Group, Jung Eui Sun dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain