PELAKON Kareena Kapoor mendedahkan suaminya yang juga merupakan aktor Saif Ali Khan suka memakai baju yang telah berlubang ketika berada di rumah. Memetik laporan The Indian Express, Saif, 52, sememangnya suka mengenakan pakaian yang sama malah tidak pernah menggantikan pakaian selama lima tahun. "Saif seorang yang baik hati, dia telah memakai sepasang seluar sama sejak lima tahun lalu. Dia tidak akan membeli baru sehingga saya tidak memberitahunya," katanya. Kareena Kapoor dedah sikap suami. Tidak hanya itu, Saif juga memiliki baju yang sudah berlubang dan dia tidak sedar tentang perkara itu kerana terlalu selesa memakainya. "Saya pernah menegurnya kerana bajunya berlubang dan dia berkata tidak mengapa kerana menganggapnya sebagai satu gaya," kongsinya. Tambah Kareena, tiada siapa yang boleh mengubah penampilannya termasuk pereka gayanya kerana terlalu selesa dengan fesyennya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali Khan jadikan Kareena Kapoor sumber inspirasi, puji sikap profesional semasa kerja ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor buka cerita mengapa Saif Ali Khan tak suka paparazi rakam foto "Tiada siapa yang boleh mengubah dia berpenampilan, dia sentiasa akan memakai secara bertentangan dengan yang dicadangkan pereka gayanya. "Tapi pemilihan gayanya sentiasa mengenakan penampilannya sentiasa kena termasuk dalam memilih reka bentuk dalaman rumah mereka. Saya tak rasa sesiapa boleh menjadi Saif," ujarnya. Untuk rekod, Saif dan Kareena telah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!