PENYANYI rap Diddy mengesahkan laporan dia membayar royalti sebanyak AS$5,000 (RM22,000) sehari ekoran menggunakan lagu nyanyian Sting berjudul Every Breath You Take yang dilancarkan pada 1983 tanpa kebenaran.Diddy menggunakan melodi lagu berkenaan untuk single hitnya berjudul I'll Be Missing You yang dilancarkan pada tahun 1997 tanpa persetujuan Sting sebagai komposer dan pemilik hak cipta lagu berkenaan. I'll Be Missing You adalah sebuah lagu tribut kepada penyanyi rap Notorius B.I.G. yang mati dibunuh pada Mac 1997.Diddy bagaimanapun hanya membuat permohonan menggunakan melodinya selepas lagu berkenaan dilancarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘sakit mata’ tengok Cinta Laura buat tarian tiang, netizen gelar aksi seperti pelacurARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Cinta Laura kena marah dengan ibu gara-gara pakai seluar dalam berlubangSting sebelum ini mendedahkan dia menerima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,800) setiap hari namun disangkal Diddy yang menjelaskan dia membayar RM22,000 kepada penyanyi tersebut."Saya berjaya memasukkan anak-anak ke kolej menggunakan wang royalti tersebut malah saya dan Diddy masih berkawan baik," katanya.Difahamkan Sting menerima bayaran berkenaan sejak 1997 dan sehingga kini penyanyi itu dilaporkan sudah menerima jutaan dolar hanya daripada royalti lagu tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!