suria

Zul Zivilia kembali cipta lagu, diberi kelonggaran khas guna studio dalam penjara

Zul Zivilia sedang menjalani hukuman penjara selama 18 tahun.

VOKALIS kumpulan Indonesia Zivilia iaitu Zul pernah berputus asa untuk terus berkarya dalam bidang muzik selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun akibat kesalahan mengedar dadah.

Sudah empat tahun meringkuk dalam penjara, Zul, 42, berkata, dia juga sudah menjual semua peralatan muzik miliknya demi menampung kehidupan keluarganya.

Bagaimanapun semangatnya kembali bangkit mencipta dan merakamkan lagu baharu selepas mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan penjara di Rutan Salemba, Jakarta Pusat.

Zul meneruskan aktiviti seni ketika dalam tahanan.

Zul mula menjalani hukuman sejak 2019.

"Saya pernah rasa putus asa ketika semua alat muzik saya habis dijual bagi menampung perbelanjaan keluarga. Bagaimana saya hendak bermain muzik kalau sudah tiada peralatan?

"Meskipun saya sedang jalani hukuman tetapi keluarga tetap memerlukan saya apatah lagi keadaan ekonomi keluarga juga tidak stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terkejut berita palsu Zul (Zivilia) dihukum gantung, minta pemfitnah tampil mohon maaf

"Saya perlu bangkit dan kembali mencipta lagu kerana cara ini sahaja saya dapat membantu keluarga dan bukannya bersikap meminta-minta," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Zul yang popular dengan lagu Ashiteru kini diberi kelonggaran oleh Polis Bahagian Dadah Kelas 2, Jawa Barat untuk merakamkan lagu dalam sebuah studio khas di sana.

Malah dia juga diberi kesempatan untuk tampil membuat persembahan bersama kumpulan Zivilia dalam satu acara baru-baru ini.

Zul ditahan pada Mac 2019 di sebuah rumah di Jakarta Utara atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dan pil ekstasi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain