suria

Sengaja dedah maklumat peribadi ‘haters’ di media sosial, Jefri Nichol berdepan tindakan saman

Jefri sengaja mendedahkan maklumat individu lain di laman sosial.

PELAKON Jefri Nichol tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendedahkan maklumat peribadi seorang pengguna laman sosial di di Twitter miliknya,.

Jefri sebelum itu sengaja mendedahkan maklumat seorang wanita bernama Salam Eka Putri termasuk kawasan tempat tinggal individu berkenaan.

Tindakan tersebut dilakukan kerana menyangka wanita itu merupakan salah seorang haters dan Jefri sekadar mahu memberi amaran kepada pengguna laman sosial yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan video jadi perhatian, netizen syak cinta Little Miss Khan dan aktor Indonesia Jefri Nichol kembali terjalin

"Saya mahu minta maaf kerana menyangka kamu membenci saya dan saya sebarkan maklumat peribadi anda. Bagaimanapun apa yang saya kongsi maklumat tidak lengkap.

"Saya hanya mahu menakutkan haters yang lain," katanya.

jefri nichol 2

Jefri terbuka mengaku kesilapan sendiri.

Salma sebelum itu dengan tegas telah memberi amaran kepada Jefri akan mengambil tindakan undang-undang sekirnya aktor berkenaan tidak memadamkan perkongsian di laman sosial miliknya.

"Perkara tersebut telah memberi kesan kepada saya. Kalau tiada respons saya akan lanjutkan perkara ini ke pihak berwajib," tulis wanita itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain