suria

Lee Seung Gi sah jadi suami Lee Da In, tangguh bulan madu sebab sibuk kerja

Selepas tiga tahun bercinta, Seung Gi dan Dan In kini jadi suami isteri.

PASANGAN pelakon Lee Seung Gi dan Lee Da In sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Grand Intercontinental Seoul Parnas Hotel in Gangnam, Korea Selatan pada Jumaat.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga selain rakan-rakan selebriti.

Pada majlis tersebut penyanyi Lee Juk turut membuat persembahan khas lagu sempena perkahwinan mereka dan pelakon Son Ji Chang pula bertindak sebagai pengacara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi sudah lamar Lee Da In, bakal kahwin 7 April

Pasangan ini bagaimanapun dikatakan terpaksa menangguhkan hasrat untuk berbulan madu dalam masa terdekat kerana terikat dengan jadual kerja.

Pada Februari lalu Seung Gi menerusi satu hantaran di Instagram miliknya memaklumkan dia sudah melamar Da In selepas hampir tiga tahun bercinta.

"Saya membuat keputusan untuk hidup bersama Lee Da In, wanita yang saya cintai. Bukan hanya sebagai kekasih tetapi juga sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain