suria

Ari Wibowo tuntut cerai dan hak penjagaan anak, dakwa wujud pertengkaran sejak 2020

Ari wibowo memfailkan cerai terhadap isterinya selepas tiga tahun hubungan mereka bermasalah.

SELEPAS 17 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ari Wibowo dilaporkan membuat permohonan cerai terhadap isterinya Inge Anugrah pada 3 April lalu.

Menurut wakil peguam, aktor berkenaan memfailkan cerai atas alasan tiada persefahaman dan wujud pertengkaran antara mereka sejak tiga tahun lalu.

Dalam permohonan tersebut, Ari, 53, turut menuntut hak penjagaan dua orang anak mereka kerana mendakwa hubungan mereka lebih rapat dengannya.

Ari Anak-anak

Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki.

"Pertelingkahan berlaku antara Ari dan isteri sejak tahun 2020.

"Pihak Ari juga memohon mahkamah untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya dengan alasan hubungan mereka lebih akrab," jelas wakil peguam seperti yang dipetik dari Detik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiktokers popular Indonesia Ria Ricis beri hadiah barang mewah kepada pengikut media sosial

Perbicaraan kes cerai mereka mula berlangsung pada Isnin namun aktor berkenaan gagal hadir ke mahkamah bagi menjalani proses mediasi.

Justeru pihak mahkamah mennagguhkan kes tersebut pada 8 Mei.

Untuk rekod, Ari mendirikan rumah tangga dengan Inge pada 7 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kenzo dan Marco.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain