suria

Drake Bell hilangkan diri selepas gaduh besar dengan isteri, ugut mahu bunuh diri

Darke Bell dilaporkan hilang selepas bergaduh dengan isteri.

PELAKON Drake Bell dilaporkan membuat ugutan bunuh diri selepas bertengkar besar dengan isterinya, Janet Von Schmeling baru-baru ini.

Drake yang menghilangkan diri selepas pertengkaran itu turut menghantar ugutan sama kepada ahli keluarga lain.

Page Six melaporkan seorang anggota polis menerima laporan tersebut apabila seorang pelakon didakwa membuat ugutan mahu menggantung dirinya sendiri.

Meskipun tidak menyebut nama aktor tersebut namun sumber mengesahkan Drake adalah individu yang dimaksudkan pihak berkuasa.

Drake Bell bersama anak dan isteri.

Menerusi pesanan terakhir ditinggalkan pelakon itu, Drake merancang untuk minum minuman keras sehingga mabuk sebelum menggantungkan dirinya.

Aktor berkenaan dilihat kali terakhir pada Rabu lalu sedang apabila dia sedang memandu kereta miliknya jenis BMW berwarna kelabu bersama anak lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pooja Hegde malas layan gosip cinta, puji sikap Salman Khan suka berterus-terang

Sementara itu, hasil siasatan polis mendapati Drake membuat panggilan ugutan itu di sebuah hotel di Orlando.

Pelakon itu ketika ditahan polis memberitahu sengaja meninggalkan telefonnya di hotel tersebut kerana tidak mahu menjawab sebarang panggilan terutama daripada isterinya.

Drake dan Janet berkahwin pad 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jeremy Drake Bell.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain