suria

Pooja Hegde malas layan gosip cinta, puji sikap Salman Khan suka berterus-terang

Pooja dan Salman hanya sekadar teman rapat.

PELAKON Pooja Hegde menafikan khabar angin mendakwa kononnya dia kini sedang bercinta dengan aktor Salman Khan

Kata Pooja, 33, dia membaca gosip yang hangat diperkatakan itu namun enggan ambil peduli kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja.

"Saya membaca tentang kisah tersebut. Apa yang boleh saya katakan sekarang masih solo dan saya suka hidup begini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan dan Salman Khan kembali digandingkan dalam filem selepas 28 tahun

"Saya lebih memberi fokus kepada kerjaya dan selalu berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Saya tiada masa untuk melayan semua khabar angin itu," katanya.

Kisah hubungan Pooja dan Salman mula menjadi perhatian apabila kedua-dua mereka berlakon sama dalam filem berjudul Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan.

Malah baru-baru ini Salman juga dilihat menghadiri majlis perkahwinan abang Pooja dan gambar mereka berdua menjadi tular di media sosial.

pooja hegde 2

Pooja dan Salman bergandingan dalam Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan.

Sementara itu bercakap tentang pengalaman berlakon sama, Pooja meluahkan rasa seronok dan menyifatkan Salman sebagai seorang lelaki yang jujur.

"Bekerja dengannya merupakan satu pengalaman terbaik. Apa yang anda lihat ketika sesi temubual, itulah karakter Salman di set.

"Saya suka dengan sikapnya yang berterus-terang," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain