suria

Kecoh Rose Blackpink dituduh guna dadah... YG Entertainment bakal ambil tindakan langgar hak privasi

Rose didakwa terlibat dengan dadah.

SYARIKAT pengurusan kumpulan Blackpink, YG Entertaiment membuat kenyataan balas berhubung dakwaan kononnya salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rose terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan Soompi, sebelum ini foto Rose bersama pelakon Kang Dong Won mencetuskan spekulasi di media sosial apabila kedua-dua bintang Korea itu dikatakan sedang bercinta serta didakwa mengambil barang terlarang.

rosee - 1

Foto Rose bersama Dong Won tular di media sosial.

Pada Khamis lalu, YG Entertainment memberikan maklum balas tentang perkara itu dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar hak dan privasi artis di bawah naungan mereka.

"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'naik hantu' produksi drama guna foto Rose Blackpink dalam katalog pelacur

"Kami sedang memantau dan memerhati mereka yang membuat dan menyebarkan spekulasi berkenaan.

"Kami tidak akan berdiam dan akan bertindak tegas," kata pihak pengurusannya.

Pada 11 April lalu, bekas Ketua Pegawai Kreatif Burberry iaitu Riccardo Tisci berkongsi foto ketika kunjungan sebuah parti bersama kenalannya.

Foto Rose dan Dong Won itu mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain