suria

Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti

Rain tidak menyangka dirinya dinilai sebagai pra-obesiti.

PENYANYI Rain terkejut selepas mendapat keputusan pemeriksaan perubatan yang menunjukkan berat badannya berada pada paras pra obesiti.

Koreaboo melaporkan, Rain memberitahu selama ini dia aktif melakukan aktiviti fizikal bagi menjaga bentuk tubuhnya namun tahap kesihatannya tidak seperti diharapkan.

Malah doktor menyarankan pelakon drama Full House itu melakukan senaman dengan lebih kerap.

"Saya sering melakukan senaman, bagaimana pula saya boleh didiagnos pra-obesiti?

rain1 - 1

Laporan kesihatan yang dimuat naik di Instastory.

"Apa maksud saya perlu berlatih dengan lebih kerap? Adakah saya perlu berlatih secara profesional sekarang?

"Saya bersenam dua kali sehari, adakah anda pasti mesin itu tidak rosak? Haha!," katanya.

Rain berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kedekut belanja artis muda, Rain saman YouTuber sebar berita palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Rain dituduh curang di belakang isteri, pihak pengurusan ambil tindakan undang-undang

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyebelahi penyanyi lagu Love Song itu dan menganggap sistem kiraan indeks jisim badan (BMI) adalah tidak tepat.

"Kiraan BMI adalah tidak tepat. Ia tidak mengambil kira berat yang ditimbang itu adalah berat otot sebab itu individu yang membina otot dikatakan mempunyai berat badan berlebihan.

"Dia seorang yang seksi dan sihat. Doktor itu memang lawak. Doktor perlu menilai semula.

"Mereka mungkin mengikuti kaedah BMI lapuk yang tidak mengambil kira jisim otot," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain