suria

Kes tak mampu bayar hutang belum selesai, Jessica Iskandar dedah buat pembedahan plastik di Korea Selatan

Jessica syukur hidung yang senget kembali tegak.

SELEBRITI Indonesia, Jessica Iskandar berani berkongsi kepada umum bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.

Jessica, 35, mendedahkan membuat pembedahan di bahagian hidung kerana ia sedikit senget sebelum ini.

Katanya pembedahan tersebut mendapat restu daripada suami dan juga keluarganya.

340040713_771774667544975_5118887251636344377_n

Jessica bersama doktor yang merawat di Korea Selatan.

"Setelah mendapat pertimbangan dan restu suami serta orang tua, saya akhirnya gagahkan juga untuk memperbaiki rongga hidung yang senget dengan pembedahan plastik di Korea," katanya.

Jessica berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memaparkan dia bersama doktor yang merawatnya di negara Kpop itu.

Dalam pada itu, Jessica juga memberitau bahawa dia awalnya sedikit gementar sebelum teruja apabila melihat hidungnya kini terlihat lebih normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan terjejas sampai tak mampu bayar ansuran pinjaman, Jessica terpaksa jual rumah mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta kena jual! Jesicca Iskandar ditipu rakan, rugi lebih RM2 juta

"Gementar tetapi teruja! Salepas melihat lokasi klinik dan doktor yang profesional membuat bertambah yakin," ujarnya.

Bagaimanapun, pendedahan Jesscia itu dikecam netizen gara-gara selebriti berkenaan mengaku tidak mampu bayaran ansuran selepas terjebak kes penipuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain