SALAH seorang kumpulan IVE iaitu Rei terpaksa mengambil masa tempoh rehat susulan masalah kesihatan yang dialami. Menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan Rei, keputusan tersebut dibuat atas nasihat doktor selepas dia melakukan pemeriksaan. Rei sebelum itu dikatakan mengalami kesukaran bernafas serta simptom masalah jantung. “Rei baru-baru ini merasakan gejala yang tidak normal seperti jantung berdebar-debar dan tersumbat, jadi dia telah pergi ke hospital dan mendapatkan nasihat doktor. ARTIKEL BERKAITAN: Lee Da In tergesa-gesa kahwin Lee Seung Gi bukan sebab sudah hamil “Dia telah menerima rawatan dan kini perlu tempoh untuk menstabilkan diri. “Berdasarkan pandangan pihak hospital dan perbincangan dengan Rei, kami memutuskan untuk menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan," jelas wakil pengurusan. Dalam masa sama pihak pengurusan juga memohon maaf atas segala kesulitan dan pengumuman mengejut yang dibuat. Mereka juga memohon sokongan ramai dan sentiasa mendoakan buat Rei untuk kuat berdepan ujian kali ini. Pada Isnin lalu, Rei secara tiba-tiba meninggalkan sesi fotografi dalam majlis pelancaran lagu terbaharu kumpulan IVE berjudul I Am. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!