suria

Cinta 6 tahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berakhir perpisahan

Taylor Swift dan Joe Alwyn berpisah secara baik.

HUBUNGAN cinta selama enam tahun di antara penyanyi Taylor Swift dan Joe Alwyn dilaporkan sudah berakhir dengan perpisahan.

ET Online melaporkan pasangan itu dikesan sudah berpisah sejak beberapa minggu lalu apabila kelibat jejaka itu tidak kelihatan di konsert jelajah Taylor.

Sumber pasangan itu memberitahu, Taylor dan Joe berpisah secara baik dan tiada pertengkaran berlaku di antara mereka.

"Mereka berpisah secara baik, tiada apa yang dramatik berlaku," kata sumber.

330285047_212224954738353_675062521873621017_n

Taylor Swift dan Joe Alwyn berpisah.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan selepas lima tahun menjalinkan cinta.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengunci mulut berhubung isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bercinta, sumber dedah Taylor Swift sudah bertunang dengan Joe Alwyn

ARTIKEL BERKAITAN: Foto bercium di pantai tersebar, Taylor Swift kunci mulut status hubungan dengan kekasih

Untuk rekod, Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta pada sejak 2018.

Joe dalam satu kenyataan memberitahu bahawa peminat Taylor sentiasa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai mereka.

Malah Taylor pula menginspirasikan Joe menerusi beberapa lagu di dalam album Lover pada tahun 2019 sehingga album Folklore (2022).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain