suria

Lee Da In tergesa-gesa kahwin Lee Seung Gi bukan sebab sudah hamil

Da In kini bahagia bergelar isteri kepada Seung Gi.

BARU sahaja mendirikan rumah tangga, timbul pula khabar angin tidak elok melibatakan pasangan pelakon Lee Seung Gi dan Lee Da In.

Menerusi beberapa laporan portal hiburan Korea Selatan kononnya Da In kini sedang hamil dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Seung Gi.

Menafikan tuduhan berkenaan agensi kepada Da In juga menegaskan bahawa pelakon itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi sah jadi suami Lee Da In, tangguh bulan madu sebab sibuk kerja

"Cerita tersebut tidak benar. Dia juga kini sedang sibuk di lokasi," jelas satu kenyataan seperti yang dipetik dari Soompi.

Wakil kepada Seung Gi juga mengeluarkan kenyataan sama menolak segala dakwaan tidak benar tentang artisnya itu.

Seung Gi dan Da In mendirikan rumah tangga pada 7 April lalu di sebuah hotel di daerah Gangnam selepas hampir tiga tahun bercinta.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti.

Pada Februari lalu, Seung Gi dan Da In sama-sama berkongsi berita gembira mereka akan mendirikan rumah tangga dalam sepucuk surat yang dimuat naik di laman Instagram mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain