suria

Nick Cannon mahu anak ke-13 dengan Taylor Swift, anggap mereka pasangan sepadan

Nick Cannon pasangan impian memiliki anak ke-13 bersama Taylor Swift.

PENGACARA dan pelawak Nick Cannon pasang impian untuk memilik anak ke-13 bersama penyanyi Taylor Swift.

E Online melaporkan Nick tidak merancang untuk menambah bilangan anak ketika ini namun akan mengubah fikiran sekiranya Taylor ingin mempunyai cahaya mata bersamanya.

Nick meluahkan hasrat itu selepas Taylor dan teman lelakinya Joe Alwyn dilaporkan berpisah selepas enam tahun bercinta.

330259866_207379188467818_3857901907526680889_n

Nick Cannon anggap mempunyai persamaan dengan Taylor Swift.

"Taylor seorang penulis lagu yang hebat. Apa yang saya suka tentang Taylor adalah dia seorang yang terbuka dengan pelbagai genre muzik," katanya.

Kata Nick, dia dan Taylor mempunyai pengalaman percintaan yang serupa dan beranggapan mereka akan menjadi pasangan yang sepadan sekiranya saling mengenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta 6 tahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berakhir perpisahan

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bercinta, sumber dedah Taylor Swift sudah bertunang dengan Joe Alwyn

"Saya fikir kami serupa, kami pasti dapat jadi pasangan yang baik kerana saling memahami antara satu sama lain," katanya.

Untuk rekod, Nick pernah berkahwin dengan penyanyi Mariah Carey pada 2008 dan dikurniakan pasangan kembar iaitu Monroe Cannon dan Moroccan Scott Cannon yang kini berusia 11 tahun.

Selepas bercerai dengan Mariah pada 2014, Nick menjadi perhatian apabila menghamilkan enam wanita berbeza dan sehingga kini mempunyai 12 orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain