suria

Pelakon ‘Strangers Things’ Millie Bobby Brown bertunang dengan anak Bon Jovi, dikritik terlalu muda untuk kahwin

Millie kini menjadi tunang kepada anak Jon Bon Jovi.

PELAKON Millie Bobby Brown mengumumkan pertunangannya bersama anak lelaki penyanyi Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi selepas menjalinkan hubungan cinta selama hampir tiga tahun.

Aktres drama siri Stranger Things mengumumkan pertunangan mereka menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Saya mencintai awak sudah selama tiga musim panas sehingga sekarang. Sayang, saya hanya mahukan awak seorang," katanya.

millie1 - 1

Percintaan yang dibina hampir tiga tahun bakal berakhir dengan perkahwinan.

Dalam pada itu, Bongjovi juga dilihat memuat naik foto mereka berdua dengan kapsyen 'Selamanya' berserta emoji cinta berwarna putih.

Perkongsian berita gembira itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada peminat, termasuklah menganggap pasangan ini terlalu muda untuk berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra berpegangan tangan jadi tumpuan, Millie Bobby Brown kini hangat bercinta dengan anak Jon Bon Jovi

ARTIKEL BERKAITAN: Millie Bobby Brown bercinta dengan pemain rugbi selepas setahun solo

Pun begitu, masih ramai pengikut mereka yang menyokong keputusan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk Millie dan Bongiovi.

"Awak masih remaja. Bertunang di usia 19 tahun? Saya rasa mereka perlu berikan sedikit masa lagi.

"Awak baharu berusia 19 tahun.

"Bagi peminat yang mengatakan mereka terlaly muda, cinta tidak mengenal usia. Saya doakan mereka bahagia selamanya," tulis netizen.

Untuk info, Millie memperkenalkan Bongiovi kepada pengikutnya pada Jun 2021 menerusi foto yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hantaran lain yang dibuat dia media sosial, Millie memanggil Bongiovi sebagai pasangan seumur hidupnya dan berkongsi beberapa keping foto bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain