suria

Berdepan satu lagi tuduhan rogol, Nick Carter bakal ambil tindakan fitnah

Nick mendakwa Melissa mereka-reka cerita untuk menjatuhkan reputasinya.

SALAH seorang anggota kumpulan Backstreet Boys iaitu Nick Carter berdepan satu lagi dakwaan merogol seorang wanita bernama Melissa Schuman.

Melissa, 38, yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dream mendakwa Nick melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Santa Monica pada 2003 ketika dia berusia 18 tahun.

Dalam satu dokumen yang dikeluarkan, Melissa memberitahu Nick menggunakan kuasa dan popularitinya ketika itu untuk tujuan memanipulasi dan melakukan gangguan seksual terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Carter didakwa rogol remaja 17 tahun, siap ugut jangan buat laporan polis

Dia juga mendedahkan kejadian yang berlaku itu menyebabkan emosinya terganggu selain mengalami tekanan jiwa.

Pada 2017, Melissa juga pernah tampil membuat dakwaan sama menjadi mangsa rogol Nick ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah penggambaran filem.

nick carter 1

Wakil peguam Nick akan mengambil tindakan terhada Melissa.

Menafikan dakwaan yang dibuat oleh Melissa, peguam kepada Nick dalam satu kenyataan menjelaskan wanita berkenaan sudah banyak kali memberi kenyataan sebegitu yang dianggap sebagai fitnah.

Pihaknya juga bakal mengambil tindakan terhadap Melissa atas dakwaan fitnah dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.

Pada Disember tahun lalu, seorang wanita bernama Shannon Shay Ruth, 39, pula mendakwa menjadi mangsa rogol Nick dalam satu kejadian yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO

Artikel Lain