suria

Tiktokers popular Indonesia Ria Ricis beri hadiah barang mewah kepada pengikut media sosial

Ria ingin menghadiahkan barangan mewah buat peminat.

SELEBRITI media sosial iaitu Ria Ricis bakal menghadiahkan barangan mewah jenama Dior kepada pengikut bertuah sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Ria memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok miliknya dengan menunjukkan antara barangan yang bakal diberi termasuk skaf, dompet dan minyak wangi.

"Hadiah Dior buat kalian (pengikut media sosial). Ini edisi terhad saya pesan untuk kalian dan ada banyak lagi. Mari kita buka.

"Hadiah pertama ada skaf materialnya sangat bagus. Ada minyak wangi travel berserta dompet. Warnanya juga sesuai untuk tema Aidilfitri," katanya.

ria1 - 1

Ria sentiasa memberikan hadiah buat pengikut media sosial.

Menerusi video berdurasi 57 saat itu, Ria memberikan syarat untuk memenangi hadiah mewah tersebut dengan hanya menulis komen terbaik.

"Tulis komen terbaik, semoga kamu yang bertuah,” tambahnya lagi.

Hantaran itu menerima lebih 800,000 tanda suka dengan 120,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu suami balik rumah cepat, banyak 'drama' dalam rumah tangga sejak hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis 'naik hantu' jumpa surat daripada bekas kekasih suami!

Rata-rata peminat mencuba nasib dengan meninggalkan komen berharap dapat memenangi jadiah tersebut sempena Aidilfitri ini.

"Sudah 10 tahun saya tidak beli beg tangan. Saya tidak pernah memenangi apa-apa hadiah dari kak Ria.

"Saya tidak pernah beli barangan mahal begitu, jangankan beli, pergi ke pusat membeli-belah juga tidak pernah," tulis netizen.

Pada 8 April lalu, Ria menghadiahkan pakej umrah buat pemandu pelancong yang bernama Silmi kerana telah membantunya sewaktu bercuti ke Singapura.

Tindakan Ria itu mendapat perhatian netizen yang memuji kebaikan selebriti media sosial berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan