suria

Teruja nak datang Malaysia, tapi Happy Asmara takut naik pesawat

Happy bakal bertemu peminat di Malaysia hujung April ini.

PENYANYI dangdut Happy Asmara akui teruja apabila buat pertama kali menerima undangan menyanyi di Malaysia pada 30 April ini.

Namun di sebalik perasan gembira itu, Happy juga bimbang untuk menaiki kapal terbang kerana pernah berdepan situasi pergolakan udara sebelum ini.

"Iya, saya takut naik kapal terbang. Saya pernah mengalami situasai turbulence dan berlaku kecemasan.

ARTIKEL BNERKAITAN: Tiara Andini rakam lagu komposer Korea Selatan di Malaysia, cuba genre kpop sebagai kelainan

"Disebabkan itu saya jadi trauma. Tetapi saya kena terima juga kerana itu adalah pengangkutan termudah untuk ke luar negara," katanya.

Sementara itu Happy juga tidak menyanka lagu-lagu nyanyainnya dikenali sehingga ke Malaysia sehingga ada yang menawarkan dia membuat persembahan.

Bagi penyanyi lagu Rungkad ini, jemputan berkenaan adalah peluang terbaik untuk terus kembangkan kerjaya seni.

"Saya tidak pernah dijemput menyanyi di luar negara. Perasaan bercampur-baur. Saya takut dan gembira," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain