suria

Akhirnya Once bertentang mata dengan Ahmad Dhani, janji tak nyanyi lagu Dewa 19 lagi

Once bersemuka dengan Ahmad Dhani.

PENYANYI Once Mekel akhirnya bertemu dengan Ahmad Dhani di Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia di Rasuna Said, Jakarta, Indonesia pada Selasa lalu.

Memetik laporan Kompas, Once telah memaklumkan sendiri di hadapan Dhani bahawa dia tidak akan lagi membawakan sebarang lagu yang dicipta oleh ahli kumpulan Dewa 19 itu.

"Jangan khuatir saya tidak lagi akan membawa lagu Dhani di Dewa 19 lagi," katanya.

oncee - 1

Once tidak lagi akan membawakan lagu-lagu Dewa 19.

Dalam pada itu, Once mengakui dia sudah mematuhi segala peraturan mengenai pengagihan royalti muzik selama ini.

Dia bagaimanapun menegaskan pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab berhubung isu pembayaran royalti.

ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran tegas buat Once, boleh kena penjara jika terus nyanyi lagu Dewa 19

"Saya kalau buat kontrak dengan penganjur, mereka yang bertanggungjawab membayar royalti terhadap penampilan saya.

"Mereka yang perlu bayar seperti yang tertulis pada kontrak saya," ujarnya.

Sementara itu, Dhani berkongsi pendapat yang sama dengan Once dan memberitahu masalah yang timbul ini adalah tanggungjawab penganjur dan bukannya penyanyi lagu Dealova itu.

"Bukan Once yang bertanggungjawab untuk membayar. Jadi jangan tanya Once sama ada dia perlu bayar atau tidak kerana itu bukan tanggungjawab dia," katanya.

oncee1 - 1

Once tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Dhani.

Pada Mac lalu, Once dalam sebuah temu bual menjawab tuduhan bahawa pihaknya tidak membayar royalti kepada Dhani ketika membawakan lagu-lagu milik Dewa 19.

Once memberitahu perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan pertimbangan pihak pengurusan kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain