suria

Industri K-Pop berkabung, ramai artis tangguh aktiviti seni demi hormati pemergian Moonbin Astro

Industri K-pop kini sedang berkabung.

INDUSTRI muzik K-pop sedang berkabung bagi menghormati pemergian ahli kumpulan Astro iaitu Moonbin pada Rabu.

Allkpop melaporkan, program seperti Mnet M! Countdown dan Music Bank KBS2 yang akan diadakan pada Jumaat masih diteruskan tetapi berlangsung secara sederhana.

Kedua-dua acara itu akan bersiaran dengan menghantar mesej takziah dan artis yang membuat persembahan juga diminta memakai pakaian berwarna hitam.

moonbinn - 1

Moonbin ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.

Dalam pada itu, acara bagi karpet merah yang menjemput para pengamal media dan peminat bagi menyambut artis untuk merakamkan program Music Bank dibatalkan.

Sementara itu, artis-artis K-pop yang merancang untuk melancarkan kemunculan semula atau kemunculan sulung mereka seperti iKON, Xdinary Heroes, Xikers dan kumpulan lelaki baharu iaitu The Wind mengumumkan penangguhan untuk beberapa hari akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Moonbin Astro ditemukan tidak bernyawa, polis siasat punca kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat layan peminat di lapangan terbang, Han Soo He buat permohonan maaf terbuka kepada peminat

Penyanyi dan pelakon IU juga telah meminta penangguhan temu bual bersama akhbar bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Dream.

Difahamkan, ramai artis dalam industri K-pop menzahirkan ucapan takziah dengan menangguhkan acara dan jadual mereka dalam bidang hiburan.

Pada Rabu, Moonbin ditemukan meninggal dunia di kediamannya di daerah Gangnam sekitar pukul 8.10 malam.

Menurut laporan siasatan awal yang dikeluarkan, punca kematian adalah akibat bunuh diri namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain