suria

Hidap lupus sejak tahun lalu, punca Isyana Sarasvati ulang-alik hospital

Isyana berkongsi keadaan dirinya kini semakin baik.

PENYANYI Isyana Sarasvati mendedahkan dia menghidap penyakit autoimun dan disebabkan itu dia sering dimasukkan ke hopsital sejak akhir-akhir ini.

Kata Isyana, 30, dia mula mengesan tentang penyakitnya itu sejak tahun lalu dan keadaannya semakin baik selepas menjalani beberapa kali sesi rawatan.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu ulang-alik ke hospital kebelakangan ini. Tahun lalu saya didaignos dengan autoimun iaitu salah satu dari penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus).

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nak datang Malaysia, tapi Happy Asmara takut naik pesawat

“Sekarang ini ia semakin teruk. Namun sudah dirawat dengan sangat baik. Saya rasa semakin sihat sekarang,” katanya.

Penyanyi lagu Tetap Dalam Jiwa ini berkongs perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya dengan gambar berada di hospital.

Lupus merupakan penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniasi badan yang boleh memberi kesan kepada organ dalaman penghidapnya.

Dalam masa sama Isyana juga sempat menasihati peminat untuk sentiasa prihatin dengan tahap kesihatan dan sering melakukan pemeriksaan.

“Kalau terlalu penat jangan paksa diri. Rehatlah sejenak,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain