suria

Tak sedar haram dalam Islam, Elly Sugigi mengaku pakai susuk sebab nak popular dan pikat lelaki muda

Elly kini lebih tenang tanpa melakukan amalan penggunaan susuk.

PELAKON dan pelawak Indonesia, Elly Sugigi mengakui pernah mengamalkan pemakaian susuk dengan tujuan pelaris dalam kerja selain menjadi pemanis memikat lelaki.

Bagaimanapun kata Elly atau Elly Suhari, 52, dia tidak lagi melakukan perbuatan syirik itu selepas menyedari ia bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya ‘pakai’ untuk tujuan kerja suapa menjadi lebih laris dan mahu semua berjalan lancar. Namun selepas sedar ia tidak boleh menurut agama Islam, makan saya lepaskan semuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nak datang Malaysia, tapi Happy Asmara takut naik pesawat

“Syukur selepas membuang semua itu, pekerjaan saya masih berjalan seperti biasa. Saya mampu menjalani hidup seperti biasa meskipun masih belum memiliki rumah sendiri,” katanya.

Elly yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali dengan jejaka jauh lebih muda darinya turut memberitahu sebelum ini dia sengaja mencipta kontroversi sebegitu.

“Saya sudah tidak mahu terlibat dengan cerita-cerita sebegitu. Doakan saya berjaya dengan diri sendiri,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain