suria

Bukan anti poligami, 2 tahun dimanipulasi Virgoun punca isteri dedah aib kepada umum

Isteri tidak halang Virgoun berkahwin dua asalkan dengan kaedah yang betul.

TINDAKAN isteri Virgoun mendedahkan sikap buruk suaminya secara terbuka mendapat pelbagai reaksi peminat sehingga ada menyelar tindakannya itu sebagai membuka aib penyanyi berkenaan.

Inara atau Ina Idol Rusli menjelaskan tindakan itu dilakukan kerana sudah hilang sabar dengan sikap Virgoun selain berkali-kali dimanipulasi selain dilayan dengan buruk oleh penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla tersebut.

Bagaimanapun Inara menganggap masyarakat tidak memahami situasi dilaminya ketika ini sehingga dia bertindak sedemikian.

"Anda tidak akan pernah faham bagaimana rassanya hampir setiap hari diberi rollercoaster effect semata-mata mahu saya bersetuju dengan idea poligami bernikah dengan perempuan pelacur.

INARA1 - 1

Perkongsian Inara di Instastory.

"Sebelum ini, dia (suami) sudah menandatangani perjanjian untuk tidak mengulangi maksiat dengan perempuan itu lagi dan saya tidak dilayan (silent treatment) berhari-hari hanya kerana saya tidak bersetuju untuk berpoligami," katanya.

Inara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, bercakap kepada Detik Hot, Inara mendedahkan ini bukan kali pertama penyanyi itu berlaku curang terhadapnya malah sudah berkali-kali dia memberi peluang kepada suaminya itu untuk berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bongkar Virgoun bayar wanita buat seks, minta puaskan nafsu ketika berpuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Kekasih pembantu rumah sebar foto tak bertudung isteri Virgoun dengan kapsyen tak senonoh

Disebabkan sikap Virgoun yang tidak serik-serik, dia berasa kecewa apabila peluang diberikan tidak dihargai dan sering menjadi mangsa manipulasi suaminya.

Sementara itu, Inara menerusi laporan Kapan Lagi menjelaskan dia tidak menghalang poligami tetapi sebaliknya ia perlu dilakukan dengan garis panduan mengikut syariat Islam.

"Saya tidak melarang dia berpoligami kerana memang hukumnya halal dalam Islam.

553

Virgoun pernah menandatangani surat perjanjian tidak mengulangi perbuatan curang.

"Tetapi dengan syarat dia harus mengikut garis panduan ditetapkan oleh hukum syariah... kalau diluar garis panduan ini, sudah jelas bahawa ia adalah haram," ujarnya.

Inara menjelaskan Virgoun boleh berpoligami asalkan dia menempuh ta'aruf selama tiga bulan dengan keluarga calon isteri keduanya.

Tidak hanya itu, Inara juga mahu suaminya tetap memberi keutamaan kepadanya serta tiga anak mereka termasuk dalam soal nafkah zahir dan batin.

INARA2 - 1

Virgoun didakwa meminta keizinan untuk berpoligami.

Pada Selasa, Inara mendedahkan Virgoun telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Virgoun sebelum ini pernah membuat perjanjian secara bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun telah melanggar perjanjian dibuat.

Penyanyi itu didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta isterinya melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan selain melakukan penderaan domestik terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain